Cerita Sebenar disebalik penceraian pasangan kawin muda nikah Usia 13 tahun

Cerita Sebenar disebalik penceraian pasangan Kawin Muda Nikah Usia 13 tahun. Gambar terkini Mohd Fahmi dan Nor Fazira Saad, Cerai Talak Tiga! Mohd Fahmi Alias akhirnya berpisah dengan Nor Fazira Saad Pasangan muda ini yang disahkan bercerai pada 11 November 2013. Punca disebalik Perpisahan Mohd Fahmi dan Nor Fazira Saad

Cerita Sebenar disebalik penceraian pasangan kawin muda nikah Usia 13 tahun
Keluarga Mohd Fahmi Gagal Dihubungi. Nor Fazira hanya Berdiam Diri


Ajal, Jodoh dan Pertemuan adalah ketentuan Allah

Ku sangkakan Panas Berpanjangan. Impian seorang remaja perempuan yang menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda untuk mengecapi kebahagiaan alam perkahwinan seumur hidup berakhir apabila ikatan pasangan suami isteri berkenaan terlerai dipercayai akibat tidak sehaluan.

Cerita Sebenar disebalik penceraian pasangan kawin muda nikah Usia 13 tahun
Gambar Che Ta dan Zain sekadar Hiasan dan tiada kaitan dengan Entri
 
Hari Bahagia Nor Fazira Saad dan suaminya, Mohd Fahmi Alias kini musnah. Mereka dinikahkan dengan  pada 17 November 2012 lalu kini tinggal kenangan. Kisah Percintaan Pasangan Muda Kontroversi itu menjadi sejarah apabila pasangan berkenaan disahkan bercerai. Cerai Talak Tiga! Mohd Fahmi Alias akhirnya berpisah dengan Nor Fazira Saad  di Mahkamah Syariah Kulim, di sini, pada 11 November lalu iaitu kurang setahun hubungan mereka disatukan.

Sudah Tiada Jodoh Semuanya ketentuan Allah

Bapa kepada Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, turut tidak menduga perpisahan itu terjadi. Walaupun pahit menerima kenyataan berkenaan, namun dia menerima keputusan dibuat pasangan terbabit dengan hati tenang dan menganggap Sudah Tiada Jodoh mereka untuk mengekalkan alam perkahwinan. Menurutnya, apa yang berlaku mungkin suratan takdir atas ketentuan Allah dan semua kejadian pasti mempunyai hikmah di sebaliknya. 

Punca disebalik Perpisahan Mohd Fahmi dan Nor Fazira Saad

Bagaimanapun, dia mengakui tidak mengetahui punca sebenar membawa keretakan rumah tangga mereka, malah tidak mahu mengambil tahu perkara yang sudah terjadi. Siapa yang tidak sayang anak apabila terjadi perkara sebegini terutama dalam usia masih muda, namun saya berpesan kepada Fazira supaya sentiasa tabahkan hati kerana usianya masih muda dan banyak yang dia perlu pelajari. Kejadian ini memberi pengajaran kepada anak saya. Bukan perkara mudah mendirikan rumah tangga terutama ketika usianya masih terlalu muda.

Nor Fazira hanya Berdiam Diri

Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib menimpa dirinya, tetapi saya meletakkan dia tinggal bersama ibu saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang dan sentiasa berfikir dengan apa yang berlaku. 

Menurutnya, perkara berkenaan sudah pasti memberi pengajaran kepada anaknya selain orang ramai terutama golongan remaja yang diulit percintaan bahawa untuk mendirikan rumah tangga bukan mudah dan mereka perlu matang.

Keluarga Kedua Pasangan Redha dengan Kententuan

Bapa kepada Fazira sudah mengetahui perkara terbabit sejak beberapa minggu lalu apabila Fazira memaklumkan kepada isterinya bahawa mereka mungkin berpisah kerana ada masalah tertentu. Selepas mengetahuinya, saya hanya mampu memberi nasihat kepada anak saya supaya menerima takdir ini dengan hati tenang dan jangan berputus asa, mungkin itu bukan jodohnya. Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya, dalam usia 13 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak perlu terlalu risau atau tertekan walaupun bergelar janda dalam usia begitu muda. 

Cerai Talak Tiga! Mohd Fahmi Alias akhirnya berpisah dengan Nor Fazira Saad
Kisah Percintaan Pasangan Muda Kontroversi
Pada masa sama, saya juga berharap perkara ini sudah selesai dan mereka berdua menjalani kehidupan masing-masing. Saya juga meminta masyarakat supaya tidak memandang serong terhadap mereka. Menurutnya, sepanjang pengetahuannya, Fazira seorang yang bertanggungjawab kerana dia memahami masalah rumah tangga tidak perlu didedahkan kepada sesiapa. Sebagai bapa, saya tahu perasaan anak saya sekiranya dia menyembunyikan sesuatu berdasarkan riak muka dan apabila pulang ke rumah, saya bertanya mengenai sebarang masalah yang dihadapi, tetapi dia membalas dengan senyuman. 

Keluarga Mohd Fahmi Gagal Dihubungi  

Pihak Harian Metro turut cuba menghubungi keluarga lelaki berkenaan untuk mendapatkan maklum balas, namun gagal. Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim mengesahkan pasangan terbabit sudah membuat pendaftaran perceraian di pejabat terbabit pada minggu lalu.
Sebelum ini melaporkan Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Entri Cerita Sebenar disebalik penceraian pasangan kawin muda nikah Usia 13 tahun was Re-written article and some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources. Due Respect and Credit to Relevan Sokmo

2 comments:

Kongsi ArtikelBlog said...

susah dengan zaman sekarang ni.. masalah sedara, jiran, perbelanjaan, ibu bapa.. tu semua main peranan dalam perhubungan tu.. pengaruh siape lagi kalau bukan orang sekeliling kan.?

X Lupa Dot Com said...

Apa boleh buat.. dah cerai pun !!

Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda !! Kami juga akan memberi nasihat secara percuma sekiranya ada kesilapan SEO pada blog anda

Post a Comment

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Badigol Soot

Glepor

Hotooh Blog Feed

Dop Paka Sikit Arang

Natang Ngoh

Send Quick Massage

Name

Email *

Message *

Copyright © 2012. Layan Sapa Ceroh - All Rights Reserved HT B-Seo Theme by Hootoh